www.rayyanjubah.com     2011 all rights reserved
Profil
Rayyan Jubah...nama yang amat indah bila disebut. Begitu juga dengan sejarahnya yang begitu unik, apabila tercetusnya inspirasi untuk mengumpul koleksi-koleksi jubah trend terkini oleh pemiliknya Puan Suraya. Minat kepada jubah moden ini bertambah-tambah apabila beliau terasa serasi dengan penampilan gaya sopan seorang muslimah ditambah lagi dengan keadaan kandungan yang semakin membesar. Ternyata jubah moden amat fleksible untuk digayakan oleh pelbagai jenis pengguna dan sesuai untuk ke pejabat atau ke majlis-majlis atau waktu bersantai di hujung minggu bersama keluarga.

Status berkahwin dan telah mempunyai dua orang anak tidak menghalang beliau untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara kecil-kecilan. Tambahan dengan sokongan dari suami tercinta dan semangat dari menanti bayi kembar yang bakal lahir hujung tahun ini. Walaupin sibuk dengan urusan rumahtangga, beliau terlalu teruja untuk berkongsi koleksi-koleksi muslimah dan mengajak anda sekalian sentiasa mementingkan kesopanan dan keindahan imej seorg muslim.

Rayyan Jubah menjalankan konsep perniagaan secara online. Mementingkan kualiti material jubah ini, pemilik memilih untuk merperbanyakkan lagi koleksi-koleksi dari jenis kain lycra. Amat sesuai dengan cuaca di negara ini, kain lycra amat selesa di pakai, nampak cantik jatuhan jubah apabila dipakai dan digayakan. Walaupun berjubah pengguna masih lagi boleh kelihatan anggun dan menawan seperti tag line Rayyan Jubah; Keindahan Gaya Sopan. Semestinya hanya pelanggan-pelanggan Rayyan Jubah sahaja yang dapat menikmati keindahan gaya sopan ini.

Akhir kata, semoga para pelanggan dapat menikmati dan merasai sendiri keindahan dan gaya sopan jubah moden yang dibawakan khas dari koleksi-koleksi Rayyan Jubah.

Salam Keindahan..
Rayyan Jubah Collection
KOLEKSI JUBAH ONLINE 
Keindahan Gaya Sopan...